Analisa Teknikal Mingguan 24 April – 28 April 2017

75

EUR/USD – Analisa Mingguan 24 April – 28 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Harga EUR/USD melonjak dengan membuat gap bullish lebih kurang 200 pips berikutan news pilihanraya pusingan pertama Perancis. Jadi pada minggu ini, secara teknikal momentum pergerakan EUR/USD masih ke arah bullish(HL,HH,HL,HH) dan berpotensi membentuk new HH.

Team Analisa berpendapat selagi EUR/USD tidak breakout Key Support sekitar harga 1.0864/30, ia masih dalam mood bullish ketika ini. Jika ia breakout Key Resistance 1.0970, target harga yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 1.1050/64 atau ke harga yang lebih tinggi lagi.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support mingguan ini, EUR/USD berpotensi untuk menutup gap dan mencapai harga sekitar 1.0700. Oleh itu, Key Support minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada ia tidak breakout ataupun sebaliknya.

GBP/USD – Analisa Mingguan 24 April – 28 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti jangkaan analisa minggu lalu, GBP/USD masih dalam momentum bullish dan telah mencatatkan kenaikan lebih kurang 330 pips dengan berjaya membentuk new HH.

Jika diperhatikan, pergerakan wave masih dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH)  ketika ini dan peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga retracement bearish sebelum ia mengorak langkah untuk bullish. Jika breakout Key Support  1.2730, GBP/USD berpotensi untuk mencapai ke support seterusnya iaitu 1.2600 bagi membentuk new HL sebelum ia bullish.

Jika breakout key Resistance 1.2880, target kenaikan adalah di sekitar harga resistance terhampir iaitu 1.3070. Walaubagaimanapun, jika GBP/USD gagal untuk breakout salah satu Key minggu ini, ia dijangkakan akan sideways di antara harga sekitar Key Support dan Key Resistance. Kesimpulannya, Key Support dan Key Resistance minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan sebelum memasuki pasaran.

AUD/USD – Analisa Mingguan 24 April – 28 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pada minggu lalu, pergerakan harga bagi AUD/USD berjaya mencapai ke sekitar target mingguan iaitu 0.7500 setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance 0.7600/14. Team Analisa berpendapat, AUD/USD kini berpotensi untuk bearish bagi membentuk new LL sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Support 0.7490. Target bearish adalah di sekitar 0.7430/00.

Walaubagaimanapun, jika ia masih gagal untuk breakout Key Support mingguan ini, AUD/USD akan mulai mengorak langkah untuk kembali bullish. Oleh itu, Key Support minggu ini amat penting untuk diperhatikan samada ia akan dibreakout ataupun sebaliknya.

USD/JPY – Analisa Mingguan 24 April – 28 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Secara teknikal, pergerakan USD/JPY masih didominasi mood bearish ketika ini. Dan jika diperhatikan, ia mulai melakukan retracement kenaikan setelah gagal untuk breakout Key Support 108.14/00 pada minggu lalu seperti yang dijangkakan.

Kini harga mulai menghampiri Key Resistance iaitu 111.60/80, jika ia tidak breakout Key Resistance mingguan ini. USD/JPY berpeluang  dan berpotensi tinggi untuk bearish pada minggu ini. Oleh itu, Key Resistance ini amat penting untuk diperhatikan samaada ia akan dibreakout ataupun sebaliknya.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 24 April – 28 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Jika diperhatikan, harga GBP/JPY mulai bullish minggu lalu setelah ia gagal untuk breakout Key Support yang berada pada harga 135.50(rujuk analisa minggu lalu). Sehingga kini, direkodkan kenaikan telah mencecah lebih kurang 700 pips.

Secara teknikal, mood bullish mula dikuasai pasaran GBP/JPY pada minggu ini dengan terbentuknya candlestick bullish dan momentum wave yang masih ke arah kenaikan. Dijangkakan, jika ia tidak melepasi resistance terhampir 143.30 ini, GBP/JPY berpotensi untuk melakukan retracement penurunan ke support-support terhampir bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

Jika breakout Key Resistance, target terhampir yang berpotensi dicapai adalah ke harga sekitar 144.80/145.00. Oleh itu, peluang-peluang yang boleh diperhatikan sebelum memasuki pasaran pada minggu ini adalah di sekitar harga Key Support atau Key Resistance.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat