Analisa Teknikal Mingguan 24 Julai – 28 Julai 2017

113

EUR/USD – Analisis Mingguan 24 Julai – 28 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti yang dijangkakan, harga pasaran EUR/USD berjaya untuk bullish dan telah mencapai target kenaikan setelah ia breakout Key Resistance mingguan pada minggu lalu. Jika diperhatikan, pergerakan EUR/USD uptrend sejak 4 bulan lepas dan secara teknikalnya, pergerakn HL,HH,HL,HH ini menunjukkan mood masih dalam momentum bullish ketika ini.

Jadi, Team Analisa berpendapat sebarang penurunan ketika ini adalah retracement dan boleh perhatikan peluang ia melakukan pullback di support-support terhampir bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Target kenaikan adala 1.1764 dan jika breakout ia akan mencapai 1.1900. Kesimpulannya, selagi ia tidak breakout Key Support 1.1130 ini, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bullish pada minggu ini.

GBP/USD – Analisis Mingguan 24 Julai – 28 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, GBP/USD melakukan retracement dengan bearish lebih kurang 150 pips pada awal minggu lalu tetapi pasaran harga GBP/USD mulai mengorak langkah bullish sebanyak lebih kurang 80 pips pada hari Khamis hingga Jumaat. Jadi mengikut teknikal, GBP/USD masih berada dalam momentum bullish dan kini ia hampir ke sekitar Zone Key Support dan peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar harga zone key support 1.2814 – 1.2614.

Walaubagaimanapun, jika GBP/USD breakout terlebih dahulu Key Resistance 1.3100/14 ini, ia berpotensi untuk terus bulliah dan mencapai target seterusnya bagi membentuk new HH. Jadi kesimpulannya, selagi harga masih berada di atas paras harga 1.2610, peluang masih tinggi untuk ia bullish ketika ini.

AUD/USD – Analisis Mingguan 24 Julai – 28 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga AUD/USD minggu lalu meneruskan pergerakan bullish setelah ia breakout Key Resistance 0.7830 dan telah merekodkan lebih kurang 150 pips kenaikan. Jadi disebabkan itu, ia menguatkan lagi momentum ke arah bullish dan peluang yang boleh diperhatikan adalah menunggu ia melakukan retracement dan potensi untuk ‘long’ adalah di sekitar zone support 0.7830 – 0.7730

Target bullish jika breakout Key Resistance 0.8000 adalah ke sekitar harga 0.8100 atau ke harga yang lebih tinggi 0.8160. Secara keseluruhan, mood bullish masih didominasai ketika ini selagi ia berada di atas paras harga 0.7580.

USD/JPY – Analisis Mingguan 24 Julai – 28 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga pasaran bagi USD/JPY gagal untuk bullish berikutan tidak terbentuknya pattern buy signal di sekitar zone support minggu lalu. Dan kini jika diperhatikan, USD/JPY berpotensi tinggi untuk bearish dan menguji harga di sekitar support terhampir iaitu 110.30 – 109.30 pada minggu ini.

Jadi, peluang yang berpotensi USD/JPY melakukan retracement adalah sekitar 111.90/50 sebelum ia kembali bearish. Jika breakout, resistance seterusnya adalah 103.14/00. Kesimpulannya, selagi ia tidak breakout harga 114.50, potensi masih ada untuk ia bearish ketika ini.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 24 Julai – 28 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/JPY gagal untuk terus bullish pada minggu lalu setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance mingguan yang berada di sekitar 147.80. Harga GBP/JPY jatuh dengan mendadak lebih kurang 320 pips pada minggu lalu dan kini harga masih berada di sekitar zone Key Support.

Secara teknikal, selagi ia tidak breakout harga support 143.64/80, GBP/JPY masih berpotensi untuk bullish masih minggu ini. Dan target kenaikan yang terhampir adalah ke sekitar harga 145.64/50 dan jika breakout ia berpotensi untuk mencapai ke sekitar harga yang lebih tinggi iaitu Key Resistance mingguan.

Walaubagaimanapun, jika ia gagal untuk breakout resistance 145.64, GBP/JPY akan mulai kembali bearish dan breakout support terhampir untuk terus bearish. Oleh itu, support terhampir yang berada pada harga 144.00 – 143.64 ini memainkan peranan yang sangat penting untuk diperhatikan samaada ia akan dibreakout ataupun sebaliknya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat