Analisa Teknikal Mingguan 30 Januari – 3 Februari 2017

88

EURUSD – Analisa Mingguan 30 Jan – 3 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Harga EUR/USD tidak berjaya melepasi Key Resistance yang berada pada harga 1.0764 sejak minggu lalu. Dan pada awal minggu ini, EUR/USD bermula dengan agak agresif dengan melakukan penurunan sebanyak lebih kurang 100 pips dari MagicR1 hingga ke MagicS2 semalam.

Secara teknikal, Team Analisa Moshed masih berpendapat EUR/USD berpotensi tinggi untuk bullish pada minggu ini selagi ia tidak breakout Key Support yang berada sekitar harga 1.0590/1.0630. Target bullish berada pada harga resistance terhampir iaitu 1.0870/50 iaitu harga yang berpotensi membentuk ‘Support Become Resistance’ sebelum ia bearish ataupun ke target seterusnya iaitu 1.0970.

Jadi pada minggu ini selagi harga berada di atas paras harga 1.0520, EUR/USD masih berpeluang untuk bullish dan breakout Key Resistance yang berada pada harga 1.0764. Oleh itu, Key Support minggu ini perlu diperhatikan dengan sepenuhnya dan peluang terbaik untuk entry adalah sekitar support terhampir(rujuk timeframe yang lebih kecil).

GBPUSD – Analisa Mingguan 30 Jan – 3 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti jangkaan, harga GBP/USD pada minggu lalu telah meneruskan pergerakan bullish dan telah mencapai Key Resistance yang berada pada sekitar harga 1.2564. Jadi pada minggu ini, secara teknikal Team Analisa Moshed berpendapat GBPUSD masih dalam mood bullish selagi ia tidak breakout Key Support 1.2414/00 dan kemungkinan GBPUSD akan melakukan retracement bearish ke sekitar Key Support sebelum bullish bagi melengkapkan pergerakan wave dengan membentuk new HL ataupun ia terus bullish.

Dan jika breakout Key Resistance 1.2730, resistance terhampir atau target mingguan yang boleh dicapai adalah sekitar harga 1.2870/50 untuk minggu ini. Walaubagaimanapun, sekiranya harga GBPUSD breakout Key Support ini ia berpotensi mencapai support terhampir yang berada sekitar harga 1.2220.

Oleh itu, Key Support pada minggu ini perlu diperhatikan sepenuhnnya dan selagi tidak breakout, ia masih berpeluang untuk bullish dan peluang terbaik untuk ‘long’ adalah sekitar harga retracement dan boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil.

AUDUSD – Analisa Mingguan 30 Jan – 3 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pergerakan harga AUD/USD masih sideways di sekitar harga antara Key Support 0.7500 dan Key Resistance 0.7600 pada minggu lalu. Mengikut teknikal, AUD/USD masih dalam mood bullish dan berpotensi untuk membentuk new HL sekitar harga Key Support 0.7500 ataupun ke support terhampir 0.7450 sebelum ia bullish ataupun terus bullish untuk breakout Key Resistance 0.7600.

Sekiranya breakout Key Resistance 0.7600 ini AUD/USD berpotensi mencapai harga yang lebih tinggi iaitu ke support 0.7690 atau ke 0.7760. Jadi kesimpulannya, selagi AUD/USD tidak breakout Key Support di antara harga 0.7500 atau 0.7450 kebarangkalian ia untuk bullish pada minggu ini adalah tinggi.

Walaubagaimanapun, jika AUD/USD masih tidak melepasi Key Resistance 0.7600 pada awal minggu ini. Mood bullish ketika ini akan bertukar arah ke bearish. Kesimpulannya, Key Support dan Key Resistance mingguan ini memainkan peranan yang penting untuk menentukan halatuju pergerakan harga bagi AUD/USD.

USDJPY – Analisa Mingguan 30 Jan – 3 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, pergerakan harga bagi USD/JPY masih ke arah bearish ketika ini(LH,LL,LH,LL) dan Team Analisa masih mengekalkan pendapat pada minggu lalu bahawa USD/JPY berpotensi tinggi untuk terus bearish selagi ia tidak breakout Key Resistance ini 115.30.

Dan sekiranya breakout Key Support 112.64, target penurunan mingguan adalah ke sekitar harga 111.30 ataupun ke harga yang lebih rendah iaitu 110.00 bagi membentuk new LL. Walaubagaimanapun, jika breakout Key Resistance ini, resistance terhampir yang boleh dicapai adalah ke sekitar harga 116.50 sebelum ia bearish.

Jadi kesimpulannya, selagi harga masih berada di bawah paras harga 115.30. USD/JPY masih dalam mood bearish. USD/JPY perlu melepasi harga tertinggi/HH sekitar 118.14/00 bagi meneruskan bullish tetapi sekiranya harga masih di bawah paras harga ini, mood bearish masih dikuasai USD/JPY.

GBPJPY – Analisa Mingguan 30 Jan – 3 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lepas, GBP/JPY tidak berjaya melepasi Key Support yang berada pada harga 140.30 dan terus membuat kenaikan untuk breakout Key Resistance yang berada pada harga 142.80 dan mencapai target bullish iaitu 144.50.

Minggu ini, Team Analisa Moshed masih berpendapat GBP/JPY masih berpotensi tinggi untuk bearish selagi harga tidak melepasi 144.50 iaitu Key Resistance pada minggu ini. Dan jika ia breakout Key Support minggu ini iaitu 141.80, GBP/JPY berpotensi tinggi untuk terus bearish dan mencapai 140.30 atau ke harga yang lebih rendah iaitu 137.50.

Selain itu, pergerakan GBP/JPY ini terlalu tinggi votality dan tidak mustahil jika ia bearish sekitar 200 pips ia berpotensi untuk bullish semula sebanyak 200 pips atau lebih. Oleh itu, Key Resistance dan Key Support amat penting untuk diperhatikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat