EURUSD – Analisa Mingguan 6 Feb – 10 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan minggu lepas, harga EUR/USD berjaya meneruskan kenaikan untuk breakout Key Resistance selepas melakukan retracement bearish ke sekitar harga Key Support 1.0630. Kenaikan minggu lepas direkodkan lebih kurang 180 pips.
Pada minggu ini, Team Analisa Moshed berpendapat EUR/USD berpotensi tinggi untuk meneruskan lagi kenaikan ke sekitar harga Key Resistance 1.0870/50 iaitu harga yang berpotensi membentuk formasi ‘Support Become Resistance’ ataupun ke target seterusnya iaitu 1.0950 sebelum ia bearish. Sekiranya breakout Key Support 1.0714, target bearish adalah ke harga 1.0614/00 atau ke harga yang lebih rendah.
Jika diperhatikan, secara keseluruhannya trend masih bearish pada skala yang besar dengan momentum wave bearish(LH,LL,LH,LL). Oleh itu, bagi meminimumkan risiko trading minggu ini ialah menunggu peluang terbaik harga melakukan retracement sebelum memasuki pasaran di sekitar Key Resistance ataupun resistance terhampir.
GBPUSD – Analisa Mingguan 6 Feb – 10 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Pada minggu lepas, GBP/USD berjaya membentuk new HL di sekitar harga target retracement iaitu pada harga 1.2414 sebelum ia membuat kenaikan lebih kurang 250 pips dan khamis lalu harga mulai bearish semula ke sekitar Key Support.
Jadi minggu ini, secara teknikal Team Analisa Moshed berpendapat GBPUSD masih dalam mood bullish selagi ia tidak breakout Key Support 1.2414/00. Dan target kenaikan adalah ke sekitar Key Resistance minggu ini iaitu 1.2655 dan sekiranya breakout Key Resistance ini, target seterusnya yang boleh dicapai adalah ke harga 1.2760/50.
Kesimpulannya, harga Key Support minggu ini berpotensi untuk membentuk ‘Resistance Become Support’ dan ia perlu diperhatikan sepenuhnnya. Selagi ia tidak breakout, kebarangkalian untuk GBP/USD meneruskan pergerakan bullish ketika ini adalah tinggi.
AUDUSD – Analisa Mingguan 6 Feb – 10 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Harga AUD/USD pada minggu lalu akhirnya berjaya untuk breakout Key Resistance bagi meneruskan bullish ke target kenaikan iaitu 0.7690 untuk membentuk new HH seperti yang dijangkakan.
Pada minggu ini, jika diperhatikan momentum wave ke arah bullish masih dikuasai pasangan matawang AUD/USD ini dengan terbentuknnya wave(HL,HH,HL,HH). Jadi selagi harga tidak melepasi Key Support minggu ini iaitu 0.7600, AUD/USD akan terus bullish.
Dan target kenaikan adalah ke harga Key Resistance minggu ini iaitu 0.7760/50 ataupun ke harga yang lebih tinggi iaitu 0.7830. Jadi kesimpulannya, jika harga masih berada di atas paras harga 0.7500, AUD/USD masih dalam mood bullish dan Key Resistance atau resistance terhampir minggu ini adalah target untuk harga bearish.
USDJPY – Analisa Mingguan 6 Feb – 10 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Penurunan USD/JPY minggu lepas direkodkan lebih kurang 250 pips setelah ia tidak berjaya untuk breakout resistance 115.30 dan telah mencapai Key Support yang berada pada harga 112.64.
Secara teknikal, pergerakan harga bagi USD/JPY masih ke arah bearish ketika ini(LH,LL,LH,LL) dan Team Analisa berpendapat ia berpotensi untuk meneruskan lagi penurunan dan resistance terhampir 113.80/50 adalah harga terbaik untuk ia retrace sebelum bearish.
Jadi, target bearish minggu ini berada pada harga 111.30 bagi membentuk new LL dan sekiranya breakout target mingguan ini, target seterusnya pula adalah sekitar harga 111.10/109.90. Kesimpulannya, selagi harga USD/JPY tidak melepasi Key Resistance 115.30 pada minggu ini, mood bearish masih dikuasai USD/JPY.
Maklumat tambahan > https://intraday.my/news-sentimen-usdjpy-minggu-ini-6-10-februari/
GBPJPY – Analisa Mingguan 6 Feb – 10 Feb 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan pada minggu lepas, GBP/JPY gagal untuk melepasi Key Resistance 144.50 dan terus melakukan pergerakan bearish dan breakout Key Support 141.80. Direkodkan lebih kurang 350 pips kejatuhan pada minggu lepas dari harga sekitar Key Resistance hingga hampir mencapai target bearish mingguan iaitu 140.30.
Jadi minggu ini, Team Analisa masih berpendapat bahawa GBP/JPY masih dalam mood bearish selagi wave dikuasai dengan pergerakan LH,LL,LH,LL. Dan selagi ianya tidak melepasi Key Resistance 144.50, kebarangkalian masih tinggi untuk ia terus bearish dan membentuk new LL.
Jika breakout Key Support ini, target terhampir yang boleh dicapai adalah ke sekitar support terhampir iaitu 137.50 ataupun ke harga yang lebih rendah. Oleh itu, Key Support perlu diperhatikan sepenuhnya pada minggu ini.
Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI