Analisis Fundamental GBP/USD: Ini Sebab Lonjakan Matawang GBP Pada Petang Tadi

597

Matawang GBP melonjak pada Selasa selepas berlangsungnya keterangan oleh pegawai-pegawai Bank of England (BoE) dalam event yang disebut sebagai ‘Inflation Report Hearing’ pada pukul 5 petang tadi.

Pair GBP/USD naik sehingga lebih 70 pip dengan matawang GBP juga turut menguat berbanding beberapa matawang utama yang lain. Setakat pada pukul 8.42 malam, pair GBP/USD membuat penurunan selepas mencapai paras tertinggi hari ini. Persoalan sama ada pair ini meneruskan kenaikan atau tidak adalah bergantung kepada data-data ekonomi dan event yang akan berlangsung pada minggu ini.

Pergerakan kedua-dua matawang GBP dan USD agak bercampur-campur setakat ini dengan matawang Pound terhalang oleh isu Brexit, manakala momentum US dollar pula semakin kurang selepas membuat rally kenaikan pada minggu lalu.

Dalam keterangan yang diberikan terhadap Perbendaharaan UK tentang tahap kesihatan ekonomi Britain dan jangkaan polisi monetari, Vlieghe salah seorang ahli BoE berkata beliau melihat “kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur” dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Vlieghe menjangka akan terdapat kenaikan kadar faedah sebanyak 1.50% dalam tempoh tiga tahun akan datang. Dengan kadar faedah semasa di paras 0.50%, ia akan menjadikan kadar faedah naik ke paras 2% pada tahun 2021.

Komen ini lah yang menyebabkan kenaikan mendadak matawang GBP sekita pukul 4 petang pada Selasa. Komen ini dikeluarkan selepas data-data ekonomi yang kurang memberangsangkan pada minggu lalu.

Namun, komen Vlieghe itu tidak banyak menyokong kenaikan GBP secara kukuh kerana ia tidak dapat mengubah jangkaan terhadap keadaan politik semasa di Britain terutamanya isu Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat