Analisis Fundamental Sentimen: EUR/USD Kini Bergerak Sideway

636

Tidak banyak pergerakan yang dibuat oleh EUR/USD pada Khamis setakat ini. Kini pair tersebut didagangkan di sekitar 1.1804 sedikit susut daripada paras pembukaan hari ini. Dari segi data ekonomi, tiada data yang dikeluarkan dar Zon Eropah pada hari ini dan pasaran akan fokus kepada data ekonomi yang dikeluarkan dari Amerika Syarikat.

Ekonomi Zon-Eropah setakat ini menunjukkan prestasi positif walaupun data inflasi dilihat semakin tersasar daripada sasaran 2%. Bacaan inflasi CPI terbaru merekodkan bacaan 1.2% jatuh dari 1.3% yang dicatat sebelum ini. Kelemahan data inflasi akan memberi kesan kepada polisi monetari ECB (European Central Bank) yang akan mengurangkan jangkaan pengetatan polisi monetari Zon Eropah di masa hadapan.

Salah seorang daripada ahli ECB Francois Villeroy de Galhau membuka mata pasaran apabila memberikan komen hawkish terhadap kenaikan kadar faedah ECB. Beliau berkata, ECB berkemungkinan dalam masa terdekat memberikan panduan terhadap ‘timing‘ kenaikan kadar faedah.

Walaupun dengan komen hawkish itu, Euro masih gagal mengukuh dengan meyakinkan, dengan US dollar terus disokong oleh kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat.

Ekonomi Amerika Syarikat pula terus positif pada suku kedua 2018 dengan hasil-bon Amerika Syarikat kini menembusi paras 3% dengan lebih meyakinkan. Ini telah meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat