Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (12 Jun 2019)

150

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) menurunkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 1.25% seperti jangkaan pasaran.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 Julai 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Ini merupakan pemotongan kadar faedah pertama dalam tempoh hampir 3 tahun ekoran kadar inflasi yang perlahan dan kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi domestik serta global.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Australia berkembang 1.80% pada suku pertama 2019 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, turun daripada 2.3% pada suku sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna Australia perlahan kepada 1.3% pada suku tahun pertama 2019 daripada 1.8% pada suku tahun sebelumnya dan di bawah sasaran pasaran 1.5%.
  • Kadar pengangguran yang diselaraskan di Australia meningkat sehingga 5.2% pada April 2019 daripada peningkatan 5.1% pada bulan sebelumnya dan sedikit di atas jangkaan pasaran sebanyak 5.1%.

JANGKAAN: BEARISH AUD.

  • Kadar pengangguran meningkat kepada 5.2% daripada 5.0%.
  • Tinjauan PMI perkilangan China jatuh di bawah 50.0.
  • RBA menurunkan kadar faedah dengan kenyataan yang agak dovish.
  • Data import China merosot.
  • Indeks sentimen pengguna Australia menurun.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat