Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (17 Julai 2018)

307

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik pautan ini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Pengangguran dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • RBA mengatakan ekonomi dijangka berkembang melebihi 3% pada 2018 dan 2019 disokong oleh keadaan perniagaan yang positif dan tahap pelaburan awam yang lebih tinggi.
  • Penganalisis pasaran melihat penggunaan isi rumah kekal sebagai sumber ketidakpastian disebabkan oleh tahap hutang yang tinggi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
  • Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
  • Harga pengguna (CPI) di Australia meningkat sebanyak 1.9% sepanjang tahun hingga suku tahun 2018, sama seperti pada suku sebelumnya.

PLAN: BUY AUD

  • Data ekonomi tumpuan RBA berada atas jangkaan bank pusat RBA.
  • Minit mesyuarat RBA pagi tadi tiada yang mengejutkan. Agak neutral.
  • Pasaran berada dalam keadaan risk-on.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat