Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (18 Julai 2018)

275

AUD

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik pautan ini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Pengangguran dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • RBA mengatakan ekonomi dijangka berkembang melebihi 3% pada 2018 dan 2019 disokong oleh keadaan perniagaan yang positif dan tahap pelaburan awam yang lebih tinggi.
  • Penganalisis pasaran melihat penggunaan isi rumah kekal sebagai sumber ketidakpastian disebabkan oleh tahap hutang yang tinggi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
  • Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
  • Harga pengguna (CPI) di Australia meningkat sebanyak 1.9% sepanjang tahun hingga suku tahun 2018, sama seperti pada suku sebelumnya.

PLAN: SELL AUD

  • Nada positif dari Pengerusi FED iaitu Jerome Powell menyokong kenaikan kadar faedah di US sekaligus menarik pelabur untuk lebih melabur di U.S berbanding Australia.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat