Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (27 Mac 2019)

183

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Kadar inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan mengambil masa sedikit lebih lama daripada jangkaan.
  • Ketidakpastian domestik utama mengenai prospek perbelanjaan isi rumah dan penurunan harga perumahan.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%.

JANGKAAN: BEARISH AUD.

  • Nada RBNZ yang dovish dan data China yang buruk melemahkan Aussie.
  • Keuntungan yang diperoleh oleh firma perindustrian China menurun sebanyak 14.0% secara tahunan dalam tempoh 2 bulan pertama 2019. Ini merupakan penurunan yang paling teruk sejak akhir tahun 2011.
  • Pasaran Asia hari ini kurang memberangsangkan ekoran pelabur masih melihat ketidaktentuan dalam ekonomi global.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat