Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (28 Mac 2019)

250

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Kadar inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan mengambil masa sedikit lebih lama daripada jangkaan.
  • Ketidakpastian domestik utama mengenai prospek perbelanjaan isi rumah dan penurunan harga perumahan.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%.

JANGKAAN: BEARISH AUD.

  • Nada RBNZ yang dovish dan data China yang buruk melemahkan Aussie.
  • Keuntungan yang diperoleh oleh firma perindustrian China menurun.
  • Hasil pulangan bon Australia dan nilai dagangan Yuan hari ini melemah.
  • Sentimen pasaran berisiko.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat