Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (4 Disember 2018)

184

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang hawkish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 5 Februari 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 67).
  • RBA mengulangi bahawa inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan sektor pekerjaan masih positif dan jangkaan terdapat pengurangan dalam kadar pengangguran.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.9% tahun ke tahun pada suku ketiga 2018 daripada 2.1% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran Australia kekal pada 5 peratus pada Oktober 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya tetapi sedikit di bawah anggaran pasaran sebanyak 5.1 peratus.

PLAN: BUY AUD

  • Sentimen pasaran kembali pulih. AS menangguhkan untuk meningkatkan tarif perdagangan mereka kepada 25% kepada China pada Januari ini. Kedua-dua negara ekonomi terbesar dunia itu akan berusaha untuk berunding berkenaan perbezaan pendapat mereka menerusi rundingan baru dengan sasaran mencapai persetujuan dalam tempoh 90 hari rundingan.
  • Data perkilangan PMI China dicatatkan baik daripada jangkaan.
  • Kenyataan RBA adalah hawkish.
  • PBOC menaikkan nilai matawang Yuan berbanding USD.

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat