Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (10 April 2019)

190

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP.
  • BOC berkata terdapat peningkatan ketidakpastian mengenai kenaikan kadar faedah pada masa depan.
  • BoC menjangkakan ekonomi Kanada akan lemah pada separuh tahun pertama 2019 berbanding jangkaan pada Januari lalu.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Pertumbuhan KDNK Tahunan di Kanada menurun kepada 0.4% pada suku keempat 2018 daripada 2.0% pada suku ketiga 2018.
  • Kadar pengangguran di Kanada adalah pada 5.8% pada bulan Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan di Kanada meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.

JANGKAAN: BEARISH CAD.

  • Ekonomi Kanada kehilangan 7,2K pekerjaan pada bulan Mac 2019, selepas mencatatkan 55.9K pada bulan sebelumnya.
  • Harga minyak global menurun dari paras tertinggi sejak 5 bulan memandangkan prospek ekonomi yang lembap menguasai pasaran.
  • Sentimen pasaran dalam suasana berhati-hati.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat