Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (15 Ogos 2018)

299

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 5 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Kadar faedah akan terus meningkat pada kadar yang beransur-ansur.
  • Gabenor BOC Poloz: Ekonomi berada dalam keadaan baik serta pasaran pekerjaan mengukuh.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Inflasi harga pengguna Kanada meningkat kepada 2.5 peratus tahun ke tahun pada bulan Jun 2018 daripada 2.2 peratus pada bulan sebelumnya, dan jangkaan pasaran melebihi 2.4 peratus.
  • Jualan Runcit di Kanada meningkat 2.0 peratus bulan ke bulan pada bulan Mei 2018, berikutan turunnya penurunan 0.9 peratus pada April dan di atas jangkaan pasaran sebanyak 1.1 peratus.

PLAN: BUY CAD

  • Data ekonomi tumpuan Kanada berada dalam keadaan baik. Data KDNK, inflasi dan pekerjaan yang dikeluarkan agak positif.
  • Jangkaan harga minyak mentah akan meningkat ekoran laporan dari Arab Saudi menyatakan akan mengurangkan pengeluarannya.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat