Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (2 April 2019)

184

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP.
  • BOC berkata terdapat peningkatan ketidakpastian mengenai kenaikan kadar faedah pada masa depan.
  • BoC menjangkakan ekonomi Kanada akan lemah pada separuh tahun pertama 2019 berbanding jangkaan pada Januari lalu.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Pertumbuhan KDNK Tahunan di Kanada menurun kepada 0.4% pada suku keempat 2018 daripada 2.0% pada suku ketiga 2018.
  • Kadar pengangguran di Kanada berada pada 5.8% pada bulan Februari 2019, sama seperti tahap sebelumnya dan tertinggi sejak Oktober.
  • Kadar inflasi tahunan di Kanada meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.

JANGKAAN: BULLISH CAD.

  • KDNK Kanada mencatatkan kenaikan 0.3% pada Januari apabila ekonomi melantun semula selepas menguncup pada bulan November dan Disember.
  • Harga minyak global meningkat, disokong oleh data ekonomi China yang teguh dan kemungkinan lebih banyak sekatan terhadap Iran dan gangguan bekalan Venezuela.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat