Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (23 Oktober 2018)

197

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Menjangkakan kadar inflasi akan mencapai 2% pada awal 2019.
  • BOC: Pelaburan perniagaan, aktiviti eksport, pekerjaan dan penggunaan semakin meningkat.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menurun kepada 1.9% daripada 2.3% sebelumnya.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada jatuh kepada 2.2% pada September 2018 daripada 2.8% pada bulan Ogos dan jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.7%.

PLAN: SELL CAD.

  • Data domestik menunjukkan kadar inflasi dan jualan runcit yang perlahan boleh menyebabkan Bank of Canada (BOC) tidak akan mempercepatkan kadar kenaikan kadar faedah.
  • Harga minyak mentah menurun selepas Arab Saudi berkata untuk mengekalkan pembekalan sedia ada.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat