Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (28 Mac 2019)

223

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP.
  • BOC berkata terdapat peningkatan ketidakpastian mengenai kenaikan kadar faedah pada masa depan.
  • BoC menjangkakan ekonomi Kanada akan lemah pada separuh tahun pertama 2019 berbanding jangkaan pada Januari lalu.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Pertumbuhan KDNK Tahunan di Kanada menurun kepada 0.4% pada suku keempat 2018 daripada 2.0% pada suku ketiga 2018.
  • Kadar pengangguran di Kanada berada pada 5.8% pada bulan Februari 2019, sama seperti tahap sebelumnya dan tertinggi sejak Oktober.
  • Kadar inflasi tahunan di Kanada meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.

JANGKAAN: BEARISH CAD.

  • KDNK Kanada dijangka perlahan berikutan penurunan dalam sektor jualan runcit serta imbangan dagangan.
  • Data imbangan dagangan Kanada masih mencatatkan defisit sebanyak 4.25 bilion dan tidak mengatasi jangkaan untuk defisit hanya 3.5 bilion.
  • Harga minyak mentah global merosot selepas data inventori minyak A.S. meningkat tinggi.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat