Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (7 Februari 2019)

144

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 6 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 10 ).
  • BOC mengjangkakan kadar inflasi akan berkurang berikutan harga minyak mentah yang rendah serta momentum ekonomi Kanada diramalkan lembab.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menaik kepada 2.1% pada suku tahun ketiga 2018 daripada 1.9% sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di Kanada kekal pada 5.6% pada bulan Disember 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya sementara pasaran menjangka peningkatan menjadi 5.7%.
  • Kadar inflasi tahunan di Kanada meningkat kepada 2.0 peratus pada Disember 2018 daripada 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.

PLAN: SELL CAD.

  • Harga minyak mentah merosot selepas inventori minyak mentah A.S. meningkat.
  • Data pekerjaan Kanada dijangka menurun pada esok hari. Indeks komponen pekerjaan dalam data IVEY PMI menunjukkan kejatuhan.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat