Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CHF Hari Ini (10 Jun 2019)

209

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • SNB mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada -0.75%, sejajar dengan jangkaan pasaran.
  • Mesyuarat SNB seterusnya adalah pada 13 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan adalah inflasi dan GDP.
  • Para penggubal dasar mengatakan CHF masih tinggi nilainya. SNB juga menurunkan unjuran inflasinya untuk 2019 kepada 0.3% daripada 0.5% dan untuk 2020 kepada 0.6% daripada 1%.

DATA EKONOMI TUMPUAN SNB

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Switzerland berkembang 1.7% pada suku tahun pertama 2019, menaik daripada 1.5% pada suku tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan Switzerland menurun kepada 0.6% pada bulan Mei 2019 daripada 0.7% pada bulan sebelumnya, dan sama seperti jangkaan pasaran.

JANGKAAN: BEARISH CHF.

  • Pasaran sesi Asia didagangkan baik selepas Amerika Syarikat menurunkan ancaman untuk mengenakan tarif terhadap Mexico.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat