Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CHF Hari Ini (26 Julai 2018)

232

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari Swiss National Bank ).
  • Swiss National Bank (SNB) sebelum ini mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk mengekalkan dasar monetary semasa dengan kadar median pada -0.75%.
  • Mesyuarat SNB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan adalah inflasi dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat SNB (Unjuran bank pusat SNB ).
  • Para penggubal dasar menegaskan bahawa kadar faedah negatif dan kesediaan SNB untuk campur tangan (intervene) dalam pasaran pertukaran asing seperti yang diperlukan tetap penting untuk meringankan tekanan pada franc Swiss.
  • SNB dijangka mula mempertimbangkan untuk mengetatkan polisi monetari, memandangkan ECB mengumumkan pengurangan QEnya menjelang akhir September 2018.

DATA EKONOMI TUMPUAN SNB

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Switzerland berkembang 2.20% pada suku pertama 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Switzerland meningkat kepada 1.1% pada bulan Jun 2018 daripada 1.0% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran. Ia adalah kadar inflasi pengguna tertinggi sejak Mei 2010.

PLAN: BUY CHF

  • Dasar monetari SNB yang agak hawkish memandangkan ECB mengumumkan pengurangan jumlah QE.
  • Data ekonomi tumpuan SNB bertambah baik dan mengukuh.
  • Pasaran semasa risk off.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat