Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CHF Hari Ini (7 Ogos 2018)

288

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari Swiss National Bank ).
  • Swiss National Bank (SNB) sebelum ini mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk mengekalkan dasar monetari semasa dengan kadar media pada -0.75%.
  • Mesyuarat SNB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan adalah inflasi dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat SNB (Unjuran bank pusat SNB ).
  • Para penggubal dasar menegaskan bahawa kadar faedah negatif dan kesediaan SNB untuk campur tangan (intervene) dalam pasaran pertukaran asing seperti yang diperlukan tetap penting untuk meringankan tekanan pada franc Swiss.
  • SNB dijangka mula mempertimbangkan untuk mengetatkan polisi monetari, memandangkan ECB mengumumkan pengurangan QEnya (pelonggaran kuantitatif) menjelang akhir September 2018.

DATA EKONOMI TUMPUAN SNB

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Switzerland berkembang 2.20% pada suku pertama 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Switzerland meningkat kepada 1.1% pada bulan Jun 2018 daripada 1.0% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran. Ia adalah kadar inflasi pengguna tertinggi sejak Mei 2010.

PLAN: BUY CHF

  • Data ekonomi tumpuan SNB bertambah baik dan mengukuh.
  • Sentimen pasaran yang agak risk off pada sesi Asia serta jangkaan akan terdapat permintaan terhadap matawang yang mempunyai kadar faedah rendah.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat