Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (15 Februari 2019)

348

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 7 Mac 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • ECB menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh faktor geopolitik dan mengulangi jangkaan kadar faedah utama akan kekal pada tahap rendah menjelang musim panas 2019.
  • Mr Draghi mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi zon Eropah mungkin lebih lemah daripada jangkaan ekoran faktor yang datang dari kelembapan China dan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro jatuh kepada 7.9% pada November 2018 daripada 8.0% sebelumnya.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang 1.20% pada suku keempat 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro turun kepada 1.4% pada Januari 2019 daripada 1.6% pada bulan sebelumnya.

PLAN: SELL EURO.

  • Data KDNK merekodkan kadar paling rendah dalam 4 tahun.
  • Data CPI, PPI, jualan runcit serta data-data ekonomi dari Jerman menunjukkan kelemahan.
  • Suruhanjaya Eropah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi di zon Eropah untuk tahun ini.
  • Tarif A.S. ke atas kereta Eropah bakal menjadi satu lagi risiko terhadap pertumbuhan ekonomi.
  • Masalah politik di Sepanyol.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat