Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (17 April 2019)

350

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 6 Jun 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
  • Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
  • ECB mengulangi ia menjangka kadar faedah utama kekal pada rekod tahap rendah sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun 2019, di tengah kebimbangan pertumbuhan global.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang hanya 1.1% pada suku tahun keempat daripada 1.6% pada suku tahun ketiga 2018.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurang kepada 1.4% pada Mac 2019, yang hampir dengan sembilan bulan rendah, dari 1.5% pada bulan sebelumnya dan sedikit di bawah persetujuan pasaran sebanyak 1.5%.

JANGKAAN: BULLISH EURO.

  • Data imbangan dagang dijangka mencatatkan bacaan yang baik berikutan data imbangan dagangan di Jerman dan Perancis yang positif.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat