Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (28 Januari 2019)

292

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 7 Mac 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • ECB menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh faktor geopolitik dan mengulangi jangkaan kadar faedah utama akan kekal pada tahap rendah menjelang musim panasa 2019.
  • Mr Draghi mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi zon Eropah mungkin lebih lemah daripada jangkaan ekoran faktor yang datang dari kelembapan China dan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro jatuh kepada 7.9% pada November 2018 daripada 8.0% sebelumnya.
  • Data GDP (KDNK) di Euro menurun kepada 1.6% untuk suku tahun ketiga daripada 2.2% sebelum ini.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurang kepada 1.6% pada bulan Disember 2018 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya.

PLAN: SELL EURO.

  • Intonasi yang dovish dari Mario Draghi selepas beliau mengatakan bahawa risiko ekonomi zon Eropah dijangka melemah.
  • Data inflasi pada minggu ini dijangka melemah ekoran terdapat kelemahan permintaan di Jerman.

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat