Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (29 Mei 2019)

189

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 6 Jun 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
  • Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
  • ECB mengulangi ia menjangka kadar faedah utama kekal pada rekod tahap rendah sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun 2019, di tengah kebimbangan pertumbuhan global.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro jatuh kepada 7.7% pada bulan Mac 2019 daripada 7.8% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 7.8%.
  • KDNK kawasan Euro berkembang 1.2% tahun ke tahun pada suku pertama 2019, kadar yang sama seperti pada tempoh sebelumnya dan sejajar dengan anggaran awal.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.7% pada April 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya dan jangkaan pasaran melebihi 1.6%.

JANGKAAN: BEARISH EURO.

  • Suruhanjaya Eropah mengurangkan unjuran pertumbuhan zon Euro untuk tahun ini kepada 1.2% daripada 1.3% pada ramalan bulan Februari.
  • Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini mengkritik undang-undang Kesatuan Eropah berkenaan had bajet.
  • Tinjauan PMI perkhidmatan dan perkilangan berkembang pada kadar perlahan di Jerman dan zon Eropah.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat