Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (30 Oktober 2018)

373

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 Disember 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • ECB mengulangi bahawa kadar faedah tidak akan berubah menjelang musim panas 2019.
  • ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan buat masa sekarang dan menekankan risiko yang terdapat di Itali dan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
  • Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro menaik kepada 2.1% pada September 2018 berbanding 2.0% sebelumnya.

PLAN: SELL EURO.

  • Suruhanjaya Eropah telah menolak draf bajet 2019 kerajaan Itali kerana melanggar peraturan Kesatuan Eropah.
  • Kenyataan Mario Draghi pada sidang media ECB agak dovish.
  • Pilihanraya di Jerman menyaksikan parti kerajaan CDU yang dipimpin oleh Angela Merkel merosot kepada 28%.
  • Data KDNK Zon Eropah pada petang ini dijangka melemah.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat