Analisis Fundamental & Sentimen Matawang Euro Hari Ini (20 Julai 2018)

390

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 14 Jun dan berkata kadar bulanan pembelian asset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro dari September hingga Disember 2018, dan akan berakhir.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 26 Julai 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 )
  • ECB menurunkan ramalan GDP 2018 daripada 2.4% ke 2.1%.

 

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro berjumlah 8.4 peratus pada Mei 2018, tidak berubah dari angka bulan sebelumnya dan di bawah 9.2 peratus tahun sebelumnya.
  • Ekonomi zon euro berkembang 2.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama tahun 2018 dan di bawah 2.8 peratus pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan Euro telah disahkan pada kadar tinggi 16 bulan 2 peratus pada bulan Jun 2018, meningkat daripada 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

 

PLAN: BUY EURO

  • Polisi monetari ECB hawkish (baik). Tambahan, ada laporan menunjukkan bahawa ahli-ahli ECB menyokong kenaikan sebelum Disember 2019.
  • Data-data tumpuan ekonomi oleh ECB berada dalam jangkaan pasaran.
  • Kelemahan USD berikutan komen Donald Trump akan memberi kelebihan kepada matawang EURO.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat