Analisis Fundamental & Sentimen Matawang Euro Hari Ini (26 Julai 2018)

886

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 14 Jun dan berkata kadar bulanan pembelian asset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro dari September hingga Disember 2018, dan akan berakhir.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 26 Julai 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 )
  • ECB menurunkan ramalan GDP 2018 daripada 2.4% ke 2.1%.

 DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro berjumlah 8.4 peratus pada Mei 2018, tidak berubah dari angka bulan sebelumnya dan di bawah 9.2 peratus tahun sebelumnya.
  • Ekonomi zon euro berkembang 2.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama tahun 2018 dan di bawah 2.8 peratus pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan Euro telah disahkan pada kadar tinggi 16 bulan 2 peratus pada bulan Jun 2018, meningkat daripada 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

PLAN: TIADA PLAN UNTUK EURO MENJELANG MESYUARAT ECB HARI INI.

  • Presiden Donald Trump telah mencapai persetujuan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker untuk mengelakkan perang perdagangan. Persetujuan tersebut berhasil meredakan ketegangan yang dicetuskan oleh ancaman Trump untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat