Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EURO Hari Ini (4 Oktober 2018)

430

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 13 September.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 25 Oktober 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • Komen hawkish dari Mario Draghi. Beliau berkata inflasi utama akan meningkat hujung tahun.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
  • Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro menaik kepada 2.1% pada September 2018 berbanding 2.0% sebelumnya.

PLAN: BUY EURO.

  • Laporan mengatakan bahawa Itali merancang untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada 2.0% pada tahun 2021. Tambahan, Timbalan PM Itali Salvini berkata matlamat kerajaan Itali adalah untuk mengurangkan hutang dan defisit selepas 2019.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat