Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (10 Jun 2019)

371

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran UK jatuh kepada 3.8% pada suku pertama 2019, paras terendah sejak Oktober hingga Disember 1974 dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
  • Kadar inflasi tahunan United Kingdom meningkat kepada 2.1% pada April 2019 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya tetapi di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.2%.

JANGKAAN: BEARISH GBP.

  • Data pekerjaan UK menunjukkan pertumbuhan gaji untuk suku tahunan penghujung Mac lebih rendah berbanding jangkaan.
  • Kadar inflasi di UK hadir di bawah jangkaan pasaran.
  • Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mengumumkan peletakan jawatan beliau pada Jun ini selepas gagal memecah kebuntuan terhadap sokongan kepada pelan Brexit beliau selama ini.
  • Timbalan Gabenor Bank of England, Dave Ramsden menyatakan bahawa ekonomi Britain dijangka kurang daripada ramalan BoE pada awal bulan ini kerana ketidakpastian Brexit telah melemahkan pelaburan dan produktiviti.
  • Pengeluaran perkilangan dijangka menurun ekoran kelemahan dalam tinjauan PMI perkilangan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat