Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (12 Mac 2019)

457

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah untuk 2019 akan berkurang ekoran ekonomi Britain dalam pertumbuhan ekonomi yang paling lemah dalam tempoh 10 tahun atas faktor ketidaktentuan Brexit dan kelembapan global.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran dalam negara kasar di United Kingdom berkembang 1.5 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga tahun 2018, meningkat daripada 1.2 peratus pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK mencapai 4 peratus pada suku keempat 2018, tahap terendah sejak tahun 1970 dan sejajar dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan di United Kingdom jatuh kepada 1.8% pada Januari 2019 daripada 2.1% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.9%.

PLAN: TIADA TRADE. UNDIAN PARLIMEN MINGGU INI.

  • Suruhanjaya Eropah bersetuju untuk menukar dalam perjanjian Brexit menjelang undian di Parlimen hari ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat