Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (14 Mei 2019)

250

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran UK kekal pada 3.9% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari 2019, paras terendah sejak November 1974-Januari 1975 dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan di United Kingdom pada 1.9% pada Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2%.

JANGKAAN: BEARISH GBP.

  • Kerajaan Britain dan parti pembangkang dilihat gagal mencapai persetujuan dalam rundingan dan dalam masa yang sama terus menggugat kedudukan Perdana Menteri Theresa May dalam kepimpinan.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat