Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (18 Julai 2018)

635

GBP

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
  • 3 daripada 9 orang ahli Bank of England termasuk Ketua Penganalisis Ekonomi mengundi untuk kenaikan kadar faedah di UK berbanding 2 undi dalam mesyuarat sebelumnya.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP (pertumbuhan ekonomi), CPI (inflasi) dan Unemployment (pengangguran). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
  • Ketua penganalisis ekonomi Bank of England iaitu Andy Haldane menyokong kenaikan kadar faedah di UK.
  • Kadar pertumbuhan GDP dan inflasi menunjukkan angka yang lebih lemah, manakala kadar penggangguran berada pada tahap terendah sejak 42 tahun.
  • Risiko politik dan isu sempadan Ireland dalam rundingan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) di UK mencatatkan pada 2.4 peratus pada Mei 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5 peratus.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.

PLAN: SELL GBP. PERHATIKAN DATA CPI UK

  • Ketidaktentuan isu Brexit. UK akan menghadapi masalah yang besar yang akan memerlukan pemotongan kadar faedah jika senario no-deal Brexit berlaku.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat