Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (25 Mac 2019)

460

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 May 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
  • Para penggubal dasar menyatakan kelembapan dalam KDNK global dan pertumbuhan perdagangan.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran dalam negara kasar di United Kingdom berkembang 1.5 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga tahun 2018, meningkat daripada 1.2 peratus pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran UK menurun kepada 3.9% dalam suku tahun keempat 2018, terendah sejak November 1974 dan di bawah jangkaan pasaran 4%.
  • Kadar inflasi tahunan di UK meningkat kepada 1.9% pada Februari 2019 daripada 1.8% pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran pada 1.8%.

JANGKAAN: BULLISH GBP.

  • Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah telah memberi Perdana Menteri Theresa May dua minggu penangguhan sehingga 12 April daripada tarikh asal 29 Mac.
  • Data jualan runcit, pertumbuhan gaji dan laporan inflasi di UK semuanya berada di atas ramalan pasaran.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat