Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (29 Ogos 2018)

601

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk menaikkan kadar faedah di UK sebanyak 0.25% dari 0.5% ke 0.75% dengan kenyataan yang agak dovish dari Governor Mark Carney.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
  • Mark Carney mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah pada progres yang lebih perlahan.
  • Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.3% pada suku kedua tahun 2018, sedikit berubah daripada hampir enam tahun terendah 1.2% pada tempoh sebelumnya dan jangkaan jangkaan pasaran.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
  • Kadar inflasi tahunan UK meningkat kepada 2.5% pada bulan Julai daripada terendah 1 tahun sebanyak 2.4% pada bulan Jun dan sejajar dengan jangkaan pasaran.

PLAN: SELL GBP

  • Mr Carney menyuarakan kenyataan yang agak dovish pada sidang media. Beliau mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah di UK pada progres yang lebih perlahan. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap Brexit.
  • Laporan akhbar UK memberi amaran mengenai ‘hard Brexit’ dan melanjutkan tarikh akhir untuk perbincangan kepada pertengahan November.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat