Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (3 Julai 2019)

410

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 1 Ogos 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
  • Bank pusat menurunkan prospek ekonomi kepada sifar pada suku kedua tahun ini daripada anggaran sebelumnya sebanyak 0.2% pertumbuhan.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK kekal pada paras terendah sejak Oktober 1974 pada paras 3.8% pada tempoh tiga bulan sehingga April 2019.
  • Kadar inflasi di United Kingdom turun ke 2.0% tahun ke tahun pada Mei 2019 daripada paras tertinggi empat bulan pada bulan sebelumnya iaitu 2.1% dan selaras dengan jangkaan pasaran.

JANGKAAN: BEARISH GBP.

  • Pertumbuhan KDNK menguncup.
  • Kadar inflasi UK jatuh pada bulan Mei 2019.
  • Aktiviti perkilangan British mengalami kejatuhan paling ketara dalam lebih daripada enam tahun pada bulan Jun tengah-tengah ketidaktentuan Brexit dan ketegangan perdagangan global.
  • Jangkaan pemotongan kadar faedah setelah Gabenor BoE Mark Carney memberi amaran bahawa ketegangan perdagangan global dan ‘No-deal Brexit’ adalah risiko utama bagi ekonomi Britain.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat