Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (30 Julai 2018)

545

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
  • 3 daripada 9 orang ahli Bank of England termasuk Ketua Ekonomi mengundi untuk kenaikan kadar faedah di UK berbanding 2 undi dalam mesyuarat sebelumnya.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
  • Ketua ekonomi Bank of England iaitu Andy Haldane menyokong kenaikan kadar faedah di UK.
  • Kadar pertumbuhan GDp dan inflasi menunjukkan angka yang lebih lemah, manakala kadar penggangguran berada pada tahap terendah sejak 42 tahun.
  • Kegawatan politik dan perundingan Ireland yang menimbulkan rundingan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
  • Inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Jun 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.6% peratus.
  • Jualan runcit di U.K meleset kepada -0.5% berbanding 0.2% jangkaan. 1.4% sebelumnya. (Impak kepada data ekonomi GDP)

PLAN: BUY GBP KE ARAH MESYUARAT BOE KHAMIS INI.

  • Fokus pasaran adalah terhadap isu Brexit yang optimis. Keputusan Perdana Menteri Theresa May untuk mengawal rundingan Brexit akan memudahkan urusan dengan Brussels.
  • Jangkaan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Bank of England pada Khamis ini.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat