Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (6 Mei 2019)

376

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran dalam negara kasar di United Kingdom berkembang 1.4% tahun ke tahun pada suku keempat 2018, berbanding angka sebelumnya sebanyak 1.6%.
  • Kadar pengangguran UK kekal pada 3.9% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari 2019, paras terendah sejak November 1974-Januari 1975 dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan di United Kingdom pada 1.9% pada Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2%.

JANGKAAN: BULLISH GBP.

  • Pemimpin parti pembangkang berkata Parlimen harus memecahkan kebuntuan pada isu Brexit ini dan mendapatkan penyelesaian untuk Britain berundur dari Kesatuan Eropah.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat