Analisis Fundamental & Sentimen Matawang JPY Hari Ini (20 Ogos 2018)

366

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari bank pusat Bank of Japan )
  • Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah dan polisi monetari mereka pada Julai 2018 pada kadar -0.1%.
  • Mesyuarat BOJ seterusnya adalah pada 19 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOJ adalah CPI dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOJ (Unjuran bank pusat BOJ – Muka surat 11 ).
  • BOJ mengekalkan paras semasa yang rendah bagi kadar faedah jangka masa pendek dan panjang.
  • BOJ akan membeli bon kerajaan Jepun (JGB) supaya hasil JGB 10 tahun akan kekal pada sekitar 0%.
  • Kuroda berkata bahawa dasar monetari yang longgar masih diperlukan.

DATA EKONOMI TUMPUAN BOJ

  • Inflasi harga pengguna Jepun meningkat kepada 0.8% seperti jangkaan mengatasi 0.7% sebelumnya.
  • Ekonomi (GDP) Jepun mencatatkan peningkatan 0.5% pada suku ketiga dalam tempoh tiga bulan hingga Jun 2018, selepas penguncupan 0.2% pada tempoh sebelumnya dan mengatasi jangkaan pasaran untuk kenaikan pertumbuhan 0.3%.

PLAN: SELL JPY

  • Jangkaan pasaran global dalam keadaan risk-on berikutan ketegangan perang perdagangan yang sedikit reda selepas China dan AS akan mengadakan rundingan perdagangan di Washington.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat