Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (1 Februari 2019)

97

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada tahun depan.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 38 ).
  • Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata RBNZ akan mempertimbangkan pemotongan kadar faedah jika KDNK jatuh dari ramalan bank pusat dan cabaran yang dihadapi adalah untuk menaikkan inflasi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand menurun kepada 2.6% pada suku tahun ketiga daripada 3.2% sebelum ini dan dibawah jangkaan pasaran 2.6%..
  • Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku keempat 2018, melebihi jangkaan pasaran 1.8%.
  • Kadar pengangguran New Zealand menurun mendadak dari 4.4% kepada 3.9% sekaligus menjadikannya rekod paling rendah sejak Jun 2008.

PLAN: BUY NZD.

  • Data inflasi New Zealand mencatatkan angka yang lebih baik daripada jangkaan.
  • Data imbangan perdagangan New Zealand mencatatkan angka yang baik daripada sebelum ini.
  • Harapan yang tinggi terhadap perbincangan perdagangan AS-China minggu ini boleh menyokong matawang yang mempunyai hasil pulangan yang tinggi.
  • Nada yang dovish dari FOMC menyebabkan matawang pulangan tinggi seperti NZD mendapat permintaan.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat