Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (15 Mei 2019)

162

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • RBNZ memotong kadar faedah kepada paras 1.50% pada mesyuarat Mei 2019 dengan nada dovish.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 26 Jun 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk menurunkan kadar faedah yang dilihat bersesuaian dengan unjuran bank pusat ekoran kelemahan pada perbelanjaan domestik, unjuran pertumbuhan serta masalah pada sektor pekerjaan, memerlukan ransangan daripada dasar bank pusat.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand hanya berkembang sebanyak 2.3% secara tahunan pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.6% pada tempoh sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5%.
  • Harga pengguna di New Zealand meningkat 1.5% tahun ke tahun pada suku pertama 2019, turun dari 1.9% dalam tiga bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan 1.7%.
  • Kadar pengangguran New Zealand turun kepada 4.2% pada suku pertama 2019 daripada 4.3% pada tempoh sebelumnya, sama sepertu jangkaan pasaran dan hampir 10 tahun rendah.

JANGKAAN: BEARISH NZD.

  • Kadar inflasi terbaru New Zealand mencatatkan kelemahan.
  • Kadar pengangguran meningkat dari 10 tahun terendah manakala sektor pekerjaan perlahan.
  • RBNZ menurunkan kadar faedah serta nada mesyuarat yang dovish.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat