Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (17 Oktober 2018)

155

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 8 November 2018.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 35 ).
  • Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata inflasi harga pengguna di New Zealand masih berada di bawah paras 2% sasaran RBNZ dan memerlukan dasar monetari yang longgar.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand berkembang 2.8% tahun ke tahun pada suku kedua 2018, meningkat daripada pertumbuhan 2.7% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi meningkat ke 1.5% pada suku tahun kedua 2018 berbanding 1.1% pada sebelumnya.

PLAN: BUY NZD

  • Indeks harga pengguna di New Zealand menaik 0.9% berbanding jangkaan 0.7% dan 0.4% sebelumnya. Indeks ini dapat membantu bank pusat RBNZ untuk menukarkan polisi dari neutral kepada yang lebih hawkish.
  • Sentimen pasaran kembali pulih selepas laporan pendapatan positif dicatatkan oleh AS.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat