Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (20 Jun 2019)

143

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • RBNZ memotong kadar faedah kepada paras 1.50% pada mesyuarat Mei 2019 dengan nada dovish.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 26 Jun 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk menurunkan kadar faedah yang dilihat bersesuaian dengan unjuran bank pusat ekoran kelemahan pada perbelanjaan domestik, unjuran pertumbuhan serta masalah pada sektor pekerjaan, memerlukan ransangan daripada dasar bank pusat.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand mencatatkan peningkatan 2.5% tahun ke tahun pada suku pertama tahun 2019, yang menyamai peningkatan 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Harga pengguna di New Zealand meningkat 1.5% tahun ke tahun pada suku pertama 2019, turun dari 1.9% dalam tiga bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan 1.7%.
  • Kadar pengangguran New Zealand turun kepada 4.2% pada suku pertama 2019 daripada 4.3% pada tempoh sebelumnya, sama sepertu jangkaan pasaran dan hampir 10 tahun rendah.

JANGKAAN: BULLISH NZD.

  • Angka pertumbuhan KDNK suku tahun pertama New Zealand meningkat.
  • Sentimen pasaran Asia positif selepas FED menunjukkan kesediaan untuk memotong kadar faedah tahun ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat