Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (22 November 2018)

181

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada tahun depan.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 38 ).
  • Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata RBNZ akan mempertimbangkan pemotongan kadar faedah jika KDNK jatuh dari ramalan bank pusat dan cabaran yang dihadapi adalah untuk menaikkan inflasi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand berkembang 2.8% tahun ke tahun pada suku kedua 2018, meningkat daripada pertumbuhan 2.7% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi meningkat ke 1.5% pada suku tahun kedua 2018 berbanding 1.1% pada sebelumnya.
  • Kadar pengangguran New Zealand menurun mendadak dari 4.4% kepada 3.9% sekaligus menjadikannya rekod paling rendah sejak Jun 2008.

PLAN: SELL NZD.

  • Sentimen yang melemah dalam pasaran berikutan ketidaktentuan perdagangan antara AS-China kembali.
  • Perbelanjaan kad kredit di New Zealand merosot pada bulan Oktober.
  • Harga tenusu terbaru di New Zealand telah jatuh secara konsisten tahun ini tetapi kejatuhan harga susu sebanyak 3.5% adalah yang terbesar sejak September.

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat