Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (26 Mac 2019)

235

FUNDAMENTAL: KURANG DOVISH

  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 27 Mac 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata kadar tukaran matawang asing bertambah baik kebelakangan ini dan berkata kadar faedah akan kekal.
  • RBNZ mengunjurkan KDNK yang lebih tinggi untuk suku tahun keempat 2018.
  • Sektor pekerjaan berada pada tahap yang stabil.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand hanya berkembang sebanyak 2.3% secara tahunan pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.6% pada tempoh sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5%.
  • Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku keempat 2018, melebihi jangkaan pasaran 1.8%.
  • Kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 4.30% pada suku tahun keempat daripada 3.90% pada suku tahun ketiga 2018.

JANGKAAN: BULLISH NZD.

  • Imbangan dagangan New Zealand mencatatkan lebihan (surplus) untuk bulan Februari 2019 dengan bacaan 12 juta daripada -948 juta bacaan bulan sebelum ini dan mengatasi ramalan pasaran iaitu -109 juta.
  • Sentimen pasaran semasa kembali stabil.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat