Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (27 Februari 2019)

179

FUNDAMENTAL: KURANG DOVISH

  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 27 Mac 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata kadar tukaran matawang asing bertambah baik kebelakangan ini dan berkata kadar faedah akan kekal.
  • RBNZ mengunjurkan KDNK yang lebih tinggi untuk suku tahun keempat 2018.
  • Sektor pekerjaan berada pada tahap yang stabil.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand menurun kepada 2.6% pada suku tahun ketiga daripada 3.2% sebelum ini dan dibawah jangkaan pasaran 2.6%..
  • Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku keempat 2018, melebihi jangkaan pasaran 1.8%.
  • Kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 4.30% pada suku tahun keempat daripada 3.90% pada suku tahun ketiga 2018.

PLAN: BUY NZD.

  • Data jualan runcit New Zealand meningkat 1.7% pada suku tahun keempat 2018 berbanding 0.3% pada suku tahun sebelumnya.
  • Pasaran global kembali melonjak selepas Presiden Donald Trump mengesahkan beliau akan menangguhkan kenaikan tarif yang dirancang terhadap barangan import China. Juga, komen daripada Jerome Powell menaikkan sentimen pasaran.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat