Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (9 ogos 2018)

317

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah di New Zealand pada 1.75% dengan beberapa petunjuk yang agak dovish (buruk).
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 42 ).
  • Bank pusat New Zealand itu berkata keyakinan rendah dalam perniagaan boleh memburukkan pelaburan dan gunatenaga (employment) di negara itu.
  • RBNZ mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi (GDP), kadar faedah, dan tukaran matawang.
  • Kadar faedah di New Zealand kemungkinan dinaikkan pada Disember 2020. Sebelum ini jangkaan Mac 2020.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • RBNZ menggunakan inflasi teras (core inflation) sebagai ukuran. Data ini melonjak 1.7% pada Q2 daripada cetakan suku sebelumnya sebanyak 1.6%.
  • Ekonomi New Zealand naik 0.5 peratus pada suku pertama 2018, di bawah 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

 PLAN: SELL NZD

  • RBNZ mengekalkan kadar faedah sedia ada dengan kenyataan yang bersifat dovish secara keseluruhan.
  • Pasaran yang risk-off berikutan tindak balas dari China terhadap tarif terhadap barang-barang Amerika Syarikat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat