Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (1 Oktober 2018)

539

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka kepada 2.25% dengan nada yang neutral.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 9 November 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • Bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan.
  • Jawatankuasa menjangka kenaikan beransur-ansur yang konsisten dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pengukuhan pasaran buruh, dan inflasi di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.
  • Fed menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun ini.
  • Jangkaan dot plot memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Disember ini dan 3 kali pada tahun hadapan.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
  • Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.7% pada bulan Ogos 2018 daripada 2.9% pada bulan Julai dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.8%.

PLAN: BUY USD.

  • Indeks keyakinan pengguna mencatat bacaan paras tertinggi sejak tahun 2000.
  • Walaupun FOMC neutral tetapi jangkaan dot-plot akan ada sekali lagi kenaikan kadar faedah tahun ini. Powell juga menyifatkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mengukuh.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat