Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (19 Mac 2019)

382

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
  • FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS jatuh kepada 3.8% pada Februari 2019 daripada 4% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
  • Ekonomi AS mencatatkan penurunan kepada 2.6% pada suku tahun keempat 2018 selepas berkembang 3.4% pada suku tahun sebelumnya.
  • Harga pengguna di Amerika Syarikat menurun kepada 1.5% pada bulan Februari 2019, selepas kenaikan 1.6% pada bulan Januari dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.6 peratus.

PLAN: SELL USD.

  • Kadar inflasi Amerika Syarikat yang lemah untuk bulan Februari memperkuatkan lagi jangkaan bahawa Federal Reserve akan bersabar terhadap kenaikan kadar faedah.
  • Jualan runcit menunjukkan peningkatan namun data bulan sebelumnya disemak lebih rendah.
  • Jualan rumah baru Amerika Syarikat merosot.
  • Mesyuarat FOMC minggu ini dijangka dovish.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat