Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (2 November 2018)

528

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka kepada 2.25% dengan nada yang neutral.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 9 November 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • Bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan.
  • Jawatankuasa menjangka kenaikan beransur-ansur yang konsisten dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pengukuhan pasaran buruh, dan inflasi di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.
  • Jangkaan dot plot memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Disember ini dan 3 kali pada tahun hadapan.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran di AS menurun kepada 3.7% pada September 2018 daripada 3.9% pada dua bulan sebelumnya.
  • Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
  • Inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.3% pada September 2018 daripada 2.7% pada bulan Ogos dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.4%.

PLAN: SELL USD.

  • Sentimen pasaran yang stabil berikutan isu positif terhadap Brexit dijangka menekankan matawang USD.
  • Jangkaan terdapat aktiviti pengambilan untung daripada posisi buy USD menjelang data pekerjaan pada hari ini.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat